Suunto 9 Peak - Apa Yang Baru?

Suunto 9 Peak - Apa Yang Baru?

Semuanya! Suunto 9 Peak adalah jam tangan terbaru dengan size yang lebih kecil, ringan, nipis dan cepat daripada semua model Suunto yang terdahulu.


Jangan risau, fungsi Barometer masih ada walaupun perkataan “Baro” tidak lagi ada pada nama Suunto 9 Peak. Suunto 9 Peak adalah:

  • Jam tangan Suunto yang paling kecil di pasaran - diameter muka 43mm sesuai untuk mereka yang mempunyai pergelangan tangan kecil
    (Suunto 9 Baro 50mm, Suunto 7 50mm, Suunto 5 46mm, Suunto 3 Fitness 43mm)
  • Jam tangan Suunto yang paling nipis - dengan ketebalan 10.6mm
    (Suunto 9 Baro 15.4mm, Suunto 5 13.4mm, Suunto 7 13.9mm)
  • Casing paling ringan dengan badan titanium 34g atau keluli 44g.
  • Diperbuat daripada bahan yang tahan lasak (keluli atau titanium gred 5)
  • Skrin sentuh baru, dan paparan reflektif bersais 1.2” 
  • Menggunakan cip GPS paling baru GNSS/GPS Sony CXD5605GF (sebelumnya CXD5603GF)
  • Pengecas baru yang boleh dipasang dari pelbagai arah.
  • Tiga butang responsif baru dengan “positive click action”. Kedudukan butang-butang ini lebih rendah dan lebih dekat dengan kulit. 
  • Menggunakan tali jam berukuran 22mm yang lebih kecil (dari 24mm) dengan reka bentuk baru.
  • Sensor HRM optikal terbaru dari LifeQ. Model Valencell diganti dengan model yang serupa dengan yang terdapat pada Suunto 7. Kini dengan pengukur kandungan oksigen darah (SpO2) untuk mengelakkan mabuk gunung.
  • Teknologi bateri Lithium yang memberikan 170 jam penggunaan GPS dan pengecasan lebih pantas dari kosong hingga penuh dalam 1 jam (cas pusingan penuh Suunto 9 kira-kira 4 jam)
  • Kemas kini Automatik “over-the-air” berlaku semasa anda tidur
  • Bluetooth 5 yang lebih pantas
  • Kecerahan skrin berubah secara automatik mengikut keadaan cahaya di sekitar

 

Berikut adalah beberapa perubahan software utama:

  • Pilihan Watch face Suunto 9 yang baru
  • Paparan Skrin baru untuk mencatat dan memaparkan bacaan SpO2
  • Suunto Plus Ghost Runner untuk pacing (sama dengan Suunto 9 Baro)
  • Tukar ke mod “Route” untuk tracking yang tepat di persekitaran bandar
  • Penjimatan bateri dalam “Tour Mode” yang lebih panjang.

Suunto 9 Peak untuk Siapa?

Suunto 9 Peak adalah untuk para atlet yang mahukan produk yang berkualiti tinggi, GPS yang reliable, dan mahu meningkatkan prestasi latihan mereka. Pilih Suunto 9 Peak sekiranya: 

  • Anda memerlukan sesuatu yang boleh digayakan dengan mudah setiap hari dan mahukan jam tangan sukan pintar untuk menyokong aktiviti outdoor yang rumit.
  • Anda mempunyai pergelangan tangan yang comel.
  • Anda mahu alat navigasi yang reliable dan boleh menyelamatkan nyawa anda satu hari nanti.
  • Anda mahukan kominasi jam tangan+aplikasi yang senang digunakan dan dapat membantu anda berlatih dengan lebih cekap.
  • Anda memerlukan jam dengan hayat bateri yang panjang.

2 comments

  • Very nice,, like to buy one soon

    Nizam
  • Very nice,, like to buy one soon

    Nizam

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart