Telephone: (+603) 8408 5530
Currencies:
0

0 comments / Posted on by Wei Lun

Garmin telah menambahbaik ciri-ciri kesihatan dan kecergasan untuk siri GPS Forerunner. Para pengguna Forerunner 245, 745, dan 945 kini boleh mengemas kini jam tangan mereka melalui Garmin Connect sejak bulan June 2021 yang lalu.


Selepas 2 tahun, Garmin akhirnya memberikan kemaskini terbaru untuk Garmin FR 945 dan FR 245 yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang sedia ada pada jam tangan ini.

Kemaskini Umum Siri Forerunner

Keempat-empat model dalam siri Forerunner akan memberikan pembacaan maksimum VO2 yang lebih baik untuk larian trail, fungsi “rate of perceived exertion” (RPE), dan bacaan minit intensiti yang lebih baik. Fungsi RPE juga telah ditambah ke Forerunner 45.

Kemaskini Forerunner 245/245 Music

Jam tangan Forerunner 245 dan 245 Music akan menerima kemaskini yang memberikan saranan latihan harian. Cadangan latihan khususnya larian dan berbasikal akan diberikan bergantung kepada sejarah latihan, tahap kecergasan semasa dan recovery anda. 

Kemaskini Forerunner 745/945

Untuk Garmin Forerunner 745 dan 945, antara benda baru yang dikemaskini adalah skor tidur oleh Firstbeat Analytics, aktiviti ultra-run, latihan animasi tambahan di skrin, dan kiraan usia kecergasan seseorang atlet. 

Kiraan Usia Kecergasan

Contohnya, sebelum ini, Garmin mengira usia kecergasan saya adalah 35 tahun. Selepas kemaskini terbaru, usia kecergasan yang diberikan oleh Garmin adalah 45 (usia sebenar saya 52). Ini kerana Garmin mengambil kira usia kronologi saya, aktiviti, denyut jantung rehat dan BMI.

 

 

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing