Telephone: (+603) 8408 5530
Currencies:
0

0 comments / Posted on by Duyen Nguyen

Polar Heart Rate Monitor Mana Yang Sesuai Untuk Saya? Verity Sense atau H10?

Apakah itu Polar Verity Sense?

apakah-itu-polar-verity-sense

  • Polar Verity Sense adalah Heart Rate Monitor (HRM) optikal yang terbaru Polar.

  • Pengganti kepada Polar OH1, Verity Sense dilengkapi dengan jangka hayat bateri yang lebih panjang dan memory dalaman yang lebih besar.

  • Verity Sense mempunyai rangkaian Bluetooth dan ANT+ yang membolehkan anda menghantar bacaan kadar denyutan jantung kepada semua jenis jam (Garmin, Polar, Suunto, COROS) dan boleh digunakan untuk aplikasi latihan maya seperti Zwift atau TrainerRoad.

  • Verity Sense memberi anda latihan sehingga 30 jam dengan ketepatan yang tinggi dalam sekali cas.

  • Polar Verity Sense mempunyai memori dalaman yang dapat menyimpan hingga 600 jam data latihan yang boleh dimuat turun dengan mudah ke aplikasi Polar Flow.

 

Pilih Polar Verity Sense sekiranya:

Anda mahu bebas bergerak

  • Polar Verity Sense boleh di pakai di mana-mana bahagian badan anda contohnya di lengan di pergelangan tangan, atau diletakkan di goggles berenang anda.

Berenang atau triathlon adalah sukan utama anda

  • Polar Verity Sense dilengkapi dengan adapter untuk tali goggles berenang supaya anda boleh mendapatkan bacaan kadar denyutan jantung ketika berada di dalam air.

Anda tidak selesa dengan HRM di dada

  • Sekiranya anda kurang selesa menggunakan HRM jenis chest strap yang dipakai di dada, khususnya golongan wanita, Polar Verity Sense membolehkan anda mendapatkan bacaan yang jitu dari pergelangan tangan atau lengan anda.

 

Apakah itu Polar H10?

Sekiranya anda mahukan HRM yang paling tepat dan jitu, POLAR H10 adalah pilihan utama kami. Pantau kadar denyutan jantung anda dengan kejituan yang paling tinggi, dan anda boleh menggunakannya dengan semua jenis jam (Garmin, Polar, Suunto, COROS) dan boleh digunakan untuk aplikasi latihan maya seperti Zwift atau TrainerRoad.

Pilih Polar H10 sekiranya:

Anda memerlukan bacaan yang tepat dan jitu

  • Polar H10 adalah antara HRM yang paling tepat dan jitu yang pernah dikeluarkan oleh Polar. H10 juga adalah pilihan banyak atlet profesional. Namun, anda tidak perlu menjadi pro untuk mendapatkan fungsi yang sama untuk sesi latihan anda! 

  • Dengan kadar bacaan data yang tinggi, Polar H10 memang sesuai untuk mereka mahu melakukan interval ataupun melakukan MAF training.

Sesi latihan anda yang panjang

  • Bateri pada Polar H10 tahan sehingga 400 jam, dan ini menunjukkan bahawa Polar H10 adalah pilihan terbaik untuk anda semasa menjalani sesi latihan yang panjang.

Jam tangan kehabisan bateri ?

  • Jangan risau, Polar H10 boleh digunakan dengan telefon bimbit anda melalui aplikasi Polar Flow dan juga Bluetooth. Selain itu Polar H10, mempunyai memori dalaman yang membolehkan anda menyimpan data latihan (seperti berenang, atau cardio) tanpa jam tangan sukan dan kemudian memuat naik data tersebut ke Polar Flow.

 

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing