Telephone: (+603) 8408 5530
Currencies:
0

0 comments / Posted on by Thaddeus Chung

apakah perbezaan kasut biasa dengan kasut wide

Apakah perbezaan kasut sukan B, D, 2E dan 4E?

Menurut statistik, kaki lelaki dan kaki perempuan mempunyai sais dan lebar yang berbeza. Antara perbezaan utama kasut untuk lelaki dan perempuan yang dijual secara komersial adalah warna dan kelebaran kasut.

Apakah yang dimaksudkan dengan huruf dekat kasut anda?

Secara umum, kasut yang dijual mempunyai kelebaran yang diklasifikasikan dari huruf A ke EEEE ( A adalah semakin Narrow dan EEEE adalah paling Lebar).

Untuk kaki lelaki:

  • B - Tirus / Narrow

  • D - Medium / Biasa

  • 2E atau EE - Lebar / Wide

  • 4E atau EEEE - Extra Lebar / Extra Wide

Secara purata, kaki wanita adalah lebih kecil, dan klasifikasi kasut wanita pula adalah:

  • A - Tirus / Narrow

  • B - Medium / Biasa

  • D - Lebar / Wide

  • 2E - Extra Lebar / Extra Wide

Apakah lebar Kasut Biasa atau "D"?

Untuk kasut lelaki, "D" bermaksud kasut bersais "medium" atau "biasa". Selalunya lebar kasut fit 'D' adalah antara 3 inci ke 5 inci.

kasut biasa size d

Apakah lebar Kasut Wide atau "EE" / "2E"?

Untuk kasut lelaki, "EE" atau 2E bermaksud kasut dengan fit "lebar" atau "wide". Walaupun untuk size sama, selalunya lebar kasut fit 'EE' atau 2E akan ditambah dengan 0.2 inci dari ukurang D. Lebar adalah di antara 3.2 inci ke 5.2 inci.

kasut lebar size EE atau 2E

Apakah lebar Kasut Extra Wide atau "EEEE" / "4E"?

Untuk kasut lelaki, "EEEE" atau 4E bermaksud kasut dengan fit "lebar" atau "wide". Walaupun untuk size sama, selalunya lebar kasut fit 'EEEE' atau 4E akan ditambah dengan 0.4 inci dari ukuran D. Lebar adalah di antara 3.4 inci ke 5.4 inci.

kasut extra lebar size EEEE atau 4E

Ramai yang bertanya sekiranya seseorang wanita boleh memakai kasut biasa 'D' untuk lelaki?

Boleh, tetapi kasut 'D' lelaki adalah kasut lebar / wide untuk wanita (seperti 2E untuk lelaki).

Macamana nak tahu yang korang memerlukan kasut jenis Wide?

Tengok kasut lama anda yang bersaiz biasa. Sekiranya anda:

  1. Melecet di bahagian tepi atau bawah bucu kaki anda paling lebar
  2. Selalu terkeluar dibahagian bunion kaki
  3. Rasa kaki terhimpit

Dapatkan kasut Wide anda di BigBigPlace.com

 

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing