Tips mengelakkan kaki melecet

  • by Wei Lun
Tips mengelakkan kaki melecet

Dapatkan saiz kasut yang betul

Kasut sering menjadi punca utama kaki anda melecet. Kasut yang ketat atau longgar boleh menyebabkan geseran ke atas kulit kaki anda. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, and perlu mengenali jenis bentuk kaki anda terlebih dahulu sebelum membeli kasut. Namun begitu, masalah kaki melecet mungkin berlaku pada hari pertama anda menggunakan kasut baru. Masalah tersebut akan beransur hilang selepas beberapa kali anda memakainya.

Pilih stoking yang sesuai

Pilih stoking yang bukan diperbuat daripada kapas (cotton) yang dapat menghilangkan kelembapan. Anda juga digalakkan memakai dua pasang stoking jika aktiviti yang anda lakukan mudah melecet. Satu lapisan akan menyerap lembapan dan satu lagi lapisan akan memberikan perlindungan tambahan kepada kaki anda. Sekiranya anda memilih stokin yang berkualiti, anda peluang untuk anda mengalami masalah melecet adalah lebih rendah.

Beli di BigBigPlace sekarang! T8 Run Mix Match Socks

Sapukan jeli petroleum pada kawasan kaki yang mudah melecet

Geseran antara kulit dengan fabrik adalah punca utama kaki melecet. Gunakan jeli petroleum atau pelincir lain yang direka khas untuk pelari boleh mengurangkan geseran antara kaki dan kasut supaya tidak melecet.

Pastikan kaki anda sentiasa kering

Selain menukar stoking anda dengan kerap, anda boleh menambah serbuk talkum atau tepung jagung ke dalam kasut dan stoking untuk menyerap kelembapan. Jika anda melakukan larian jarak jauh, ambil sedikit masa untuk menambah serbuk talkum atau tepung jagung apabila anda menghabiskan lebih kurang separuh larian anda.

Tampal plaster/bandage di bahagian mudah melecet

Mencegah lebih baik daripada merawat. Melecet biasanya berlaku di jari kaki, tumit, atau celah peha anda, gunakan plaster/bandage yang boleh mengurangkan berlakunya melecet. Hentikan aktiviti anda dengan segera jika anda mengalami kesakitan atau ketidakselesaan, atau kulit anda menjadi merah.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart