Telephone: (+603) 8408 5530
Currencies:
0

0 comments / Posted on by Ain Humairah Amran

Korang tahu ke tak tahu yang sebenarnya perbezaan kasut lari wanita dan lelaki bukan hanya pada warna dan corak kasut sahaja. Kami nak kongsi dengan anda 5 perbezaan kasut lari lelaki dan wanita.

1. Bentuk Kasut

Perbezaan utama antara kasut lari wanita dan lelaki adalah lebar kasut. Kasut lari wanita dibuat lebih lebar dia kaki hadapan dan narrow di tumit. Kebiasaanya kasut lelaki lebih lebar dan saiz lebih besar dari kasut wanita.

2. The Q-Angle

Q-Angle adalah sudut kejadian otot quad berbanding dengan lutut. Oleh kerana wanita pada umumnya mempunyai pinggul yang lebih lebar daripada lelaki, mereka mempunyai sudut Q yang lebih lebar, yang menyebabkan mereka memerlukan sokongan tambahan pada kasut. Pereka menggunakan bahan yang berbeza untuk midsole atau outsole pada kasut wanita daripada yang terdapat pada versi lelaki. 

3. Berat

Wanita, rata-rata, mempunyai otot 15 peratus lebih kecil daripada lelaki, menyebabkan berat badan mereka lebih rendah daripada lelaki dengan ketinggian dan ukuran kasut yang setanding. Oleh kerana itu, kasut wanita biasanya mengandungi midsole yang lebih ringan dan lembut daripada versi lelaki.

4. Kesesuaian Peribadi Anda

Walau bagaimanapun, jika seorang wanita mempunyai kaki yang lebih lebar atau seorang lelaki mempunyai kaki yang lebih sempit, dia mungkin mendapati bahawa kasut yang berlainan jantina sebenarnya lebih sesuai. Walaupun terdapat perbezaan yang signifikan antara kasut lari lelaki dan wanita, perbezaan ini tidak boleh menghalang pelari individu untuk mencari yang sesuai.

 

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing