Kinesio Taping - Apa benda yang mereka pakai ni?

  • by Thaddeus Chung
Kinesio Taping - Apa benda yang mereka pakai ni?

Post asal dari: Twitter/@keibasar

Introduction

Pernah tengok tak ramai orang pakai benda pelik-pelik dekat badan derang ketika lari atau bersukan. Ni apa? Ada memberi kesan ke? Kalau korang ada masalah tentang plantar fasciitis, shin splints, sakit lutut, jom baca tentang "taping"!

 

Kinesio Taping

Benda yang korang tengok tu adalah "Kinesio Tape", sejenis pita perekat yang digunakan ketika bersukan. Namun korang mesti tak tahu bagaimana ianya berfungsi, kerana pita ini bukan hanya digunakan sebagai "support".

Kinesio taping ni secara umum, memberi beberapa fungsi:
  • melegakan rasa sakit di kawasan terkesan
  • melajukan proses recovery
  • meningkatkan awareness untuk mengaktifkan otot

Bagaimana taping ni membantu mengurangkan kesakitan? Apabila anda melekatkan pita kinesio di bahagian yang cedera, ianya meningkatkan pengaliran darah dan menggalakan pengaliran limfa (lymphatic drainage)

Antara contoh yang paling dramatic seperti di bawah. Fenomena dimana taping di letakkan di bahagian yang terkesan. Ianya membantu pengaliran darah dan bendalir di kawasan yang telah dilekat.

Untuk meningkatkan prestasi, kinesio tape ni meningkatkan kesedaran kepada anda untuk mengaktifkan otot anda selain daripada memberikan support. Fikir macam "Eh, ada benda kat situ, so boleh tarik lebih".

Kalau korang mengandung, masalah Musculoskeletal adalah perkara biasa seperti sakit belakang, atau sakit di bahagian pinggul. Taping memberikan support dan boleh mengurangkan rasa lenguh disebabkan oleh perubahan badan anda.

Dalam gambar ni mungkin korang tak sedar yang pasukan Team Pursuit Denmark ni semua 'cedera' di bahagian kaki yang sama. Taping juga dikatakan memberikan advantage aero, selain daripada mencukur bulu kaki anda. Marginal gain ftw.


Kalau anda kat negara sejuk, taping kat muka membolehkan anda mengelakkan daripada muka anda kesejukkan. 

Anda dah yakin tentang taping, tapi tak tahu macamana? Jangan risau, @BigBigPlace Permaisuri akan mengadakan kelas Basic taping dengan kerjasama KT Tape Malaysia dan Precise Rehab.

Nak Belajar Lebih Lanjut?

Boleh register sekarang di sini: https://bit.ly/bbpxkttapeclinic


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart