Led Lenser Siri MH: Headlamp urban untuk larian malam atau awal pagi anda?

  • by Ashley Chong
Led Lenser Siri MH: Headlamp urban untuk larian malam atau awal pagi anda?

BigBigPlace ingin memperkenalkan kepada anda 2 lampu kepala (Headlamp) yang sesuai digunakan untuk larian anda iaitu MH3 dan MH5 (Telah dikemaskini). Led Lenser telah mengeluarkan 2 jenis lampu yang sesuai untuk mereka yang nak berlari di luar sana ketika malam hari atau awal pagi dan kekal selamat. Bukan itu sahaja, setiap headlamp ini datang dengan jaminan 7 tahun Led Lenser.

MH3

MH3 adalah lampu kepala yang boleh berubah dan digunakan sebagai lampu suluh dengan cepat. Dengan size yang kecil dan ringan, unit lampu MH3 boleh dipisahkan daripada getah kepala. Dengan clip di bahagian belakang, anda boleh mengepilkan MH3 anda ke baju atau di tali pinggang anda dengan mudah. Sistem Advanced Focus membolehkan anda mengubah sais pancaran cahaya dengan mudah.

Output lampu yang mempunyai kecerahan yang tinggi dengan penggunaan kuasa yang rendah.

  • Kecerahan: 200 Lumens
  • Jangka Hayat Bateri: 35 Jam
  • Jarak Pancaran Cahaya: 130 Meters
  • IP-Class: IPX4 - Kalis simbahan air
  • Berat: 92 g

MH5

Ketika melakukan aktiviti bersukan di bandar, di hutan atau di dalam denai, anda perlu bersedia dalam apa jenis situasi. Anda memerlukan lampu tahan lasak yang anda boleh bergantung hidup ketika situasi tersebut. MH5 berfungsi sebagai lampu pelbagai kegunaan dengan sistem pemasangan yang unik. Seperti MH3, MH5 boleh dicabut dan digunakan sebagai lampu suluh yang boleh dikepilkan di baju atau tali pinggang anda. 


Berbeza dengan MH3, MH5 boleh menggunakan bateri biasa (pakai buang) atau sistem bateri led lenser yang boleh dicas semula. Selain itu, MH5 mempunyai lampu merah yang sesuai digunakan ketika membaca, atau ketika bercakap dengan rakan anda ketika malam. 

  • Kecerahan: 400 Lumens
  • Jangka Hayat Bateri: 35 Jam
  • Jarak Pancaran Cahaya: 180 Meters
  • IP-Class: IPX4 - Kalis simbahan air
  • Berat: 94 g



Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart