Telephone: (+603) 8408 5530
Currencies:
0

0 comments / Posted on by Wei Lun

Hori Hori atau pisau menggali Jepun adalah peralatan berkebun tradisional yang mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Ramai tukang kebun yang tidak pernah mendengar namanya tapi jatuh cinta pandang pertama apabila menggunakannya.

Apakah itu Pisau Hori Hori?

“Hori” adalah perkataan Jepun untuk “menggali”. 

“Hori hori” sebenarnya onomatopoeia Jepun untuk bunyi yang dihasilkan semasa menggali. Walaupun kegunaanya adalah untuk menggali lubang, tetapi pisau ini boleh digunakan untuk banyak perkara!


Perbezaan Pisau Hori Hori

Terdapat beberapa jenis pisau Hori hori yang terdapat di pasaran, namun perbezaan biasanya boleh dilihat di pemegang. 


Gaya yang lebih tradisional mempunyai pemegang buluh atau kayu, tetapi sekarang anda boleh mendapatkan pemegang dari getah dan juga plastik.


Bentuk asas Pisau Hori Hori sentiasa sama - bilah yang tajam untuk memotong dan bilah satu lagi bergerigi. Hori Hori agak pendek, biasanya kira-kira satu kaki dari hujung ke hujung dan boleh digunakan dengan satu tangan.


Kegunaan Pisau Hori Hori


Pisau Hori Hori sangat serba guna kerana saiz dan bentuknya yang unik.

  • Bentuknya yang tirus menjadikannya sempurna untuk melonggarkan tanah untuk pemindahan tanah dari tanaman akar apabila ia sudah siap untuk menuai.
  • Hujung mata pisau nya boleh dicucuk ke dalam tanah untuk membuat lubang semaian.
  • Bahagian bilah yang tajam boleh memotong rumput kecil, batang, benang dan beg baja.
  • Bahagian bilah yang bergerigi bagus memotong akar dan dahan kecil.

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing