Holiday Gift Guide #2: 4 Idea Hadiah Hujung Tahun Untuk Pelari Denai/Pendaki

  • by Wei Lun
Holiday Gift Guide #2: 4 Idea Hadiah Hujung Tahun Untuk Pelari Denai/Pendaki

Black Diamond Distance Carbon FLZ Trekking Poles

BigBigPlace’s best seller untuk 3 tahun berturut-turut (tahun 2019, 2020, dan 2021 tak termasuk). Black Diamond Pole FLZ ni dibuat daripada gentian karbon yang sangat tahan lasak dan ringan, boleh dilipat dekat 3 bahagian, (sebab tu bentuk Z) dan sesuai digunakan untuk racing atau hiking. Kelebihan utama FLZ ni berbanding dengan pole Z adalah panjang pole ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dengan membuka satu klip sahaja, so… boleh a kongsi dengan orang lain. Beli Pole Z sekiranya anda tak mahu berkongsi dengan pasangan anda atau rakan hikers yang lain.

Beli di BigBigPlace sekarang! Black Diamond Distance Carbon FLZ Trekking Poles RM935 atau 3 x RM311

 

Fractel Legionnaire "PIXEL" Edition Running Cap

Tidak dapat dinafikan yang Malaysia adalah negara yang sangat panas. Pakailah sunblock macamana pun, anda atau awek anda masih memerlukan topi yang sesuai untuk melindungi diri daripada sinaran matahari yang terik. Fractel Legion yang direka dengan fabrik tambahan di bahagian belakang melindungi leher anda daripada matahari terik. Fabrik yang ringan dan breathable membolehkan anda kekal segar walaupun di bawah mentari. Hadiahkan topi Fractel Legion ni untuk mak, ayah, bini, bakal bini, atau skandal anda yang anda ajak hiking.

Beli di BigBigPlace sekarang! Fractel Legionnaire "PIXEL" Edition Running Cap RM235

 

Knockaround Premium Sport Sunglasses

Orang hike, korang nak hike. Tapi mungkin kalau orang lain hike muka nampak rilek, korang dah comot sana sini. Jangan risau, cover kelesuan anda dengan mengenakan cermin mata Knockaround Premium Sport ni. Hadiahkan kepada pasangan anda atau untuk diri, supaya apabila anda sampai ke puncak bukit, tanpa training, anda kekal tampak bergaya walaupun di sebalik kanta, ada sinar air mata penyesalan bercampur kegembiraan.

Beli di BigBigPlace sekarang! Knockaround Premium Sport Sunglasses RM118.15 (Non-promo price: RM139)

 

HOKA Challenger ATR 6

Benda yang paling susah orang nak ingat atau bawa ketika belari ada 2 bendaKejap nak hiking, kejap nak trail run, kejap masuk road. Kat Malaysia ni tak sama dengan luar negara, kawasan banyak bercampur-campur. Tak payah pening, dapatkan HOKA Challenger ATR 6 dengan tapak mix, yang boleh digunakan untuk trail, hiking dan juga road. Hadiahkan kepada sesiapa yang mahukan kasut All-in-One dengan kusyen yang lembut dan selesa.

Beli di BigBigPlace sekarang! HOKA Challenger ATR 6 RM549 (Non-promo price: RM699)

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart