5 Tips Untuk Menghilangkan Masalah Kasut Berbau

  • by Ain Humairah Amran
5 Tips Untuk Menghilangkan Masalah Kasut Berbau
Selain ambil barang adik beradik anda tu, masalah bau kaki ni juga boleh membawa gaduh. Semuanya berpunca daripada kasut yang berbau. Jom saya share 5 tip untuk anda hilangkan masalah kasut berbau. 

 

1. Pakaikan bedak di kaki

Sebab utama kasut anda berbau adalah disebabkan kaki yang berpeluh. Untuk memastikan kaki sentiasa kering, letakkan bedak di kaki sebelum memakai stokin atau kasut.

 

2. Letak uncang teh ke dalam kasut

 Sedapkan bau teh? Letakkan beberapa uncang teh ke dalam kasut supaya ia menyerap bau busuk kasut. Kalau kasut basah, letak sedikit beras dan baking soda dan biarkan selama beberapa hari.

 

3. Letak sabun buku ke dalam kasut anda

Letakkan sabun buku ke dalam kasut yang berbau kerana sabun akan menyerap bau busuk kasut dan meninggalkan bau yang fresh dan wangi. 

 

4. Bekukan kasut anda

Masukkan kasut berbau anda ke dalam beg plastik, dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sepanjang malam. Ideanya adalah bahawa membekukan kasut dapat membunuh bakteria penghasil bau.

 

5. Letak lemon ke dalam kasut anda

Last but not least, cara yang paling best, perahkan sedikit lemon dalam kasut dan tinggalkan kepingan lemon semalaman. Honestly cara ini sangat berkesan kerana lemon mempunyai bau yang kuat yang mampu menghilangkan bau kasut dengan mudah dan berkesan.

 

Jangan ambil mudah tentang masalah bau busuk pada kasut kerana ia mengganggu orang yang berdekatan juga. Kesian orang sebelah terpaksa menahan perit bau kasut. Selamat mencuba!

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart