Telephone: (+603) 8408 5530
Currencies:
0

0 comments / Posted on by Wei Lun

Fakta Obesiti

  • Terdapat 800 juta orang di seluruh dunia yang mengalami obesiti.
  • Nombor ini akan meningkat ke $1 trilion menjelang 2025.
  • Orang obese mempunyai risiko dua kali ganda untuk dimasukkan ke hospital jika didapati positif COVID-19.
  • Obesiti di kalangan kanak-kanak dijangka meningkat sebanyak 60% dalam dekad akan datang, dan akan mencapai 250 juta orang menjelang 2030.

Misi Hari Obesiti Sedunia

  • Meningkatkan Kesedaran

Obesiti adalah penyakit! Kami mahu meningkatkan kesedaran tentang punca obesiti dan tindakan yang diperlukan untuk menanganinya.

  • Menggalakkan Advokasi

Mengubah cara masyarakat menangani obesiti, kami menggalakkan orang ramai menjadi penyokong, berdiri teguh dan menyeru perubahan.

  • Menambah Baik Polisi

Mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengutamakan masalah obesiti sebagai satu isu kesihatan, kami sedang berusaha untuk mengubah dasar untuk membina sistem sokongan yang betul untuk masa hadapan.

  • Berkongsi Pengalaman Berkenaaan Obesiti

Lebih teguh bersama, kami mahu mencipta platform untuk berkongsi pengalaman, memberi inspirasi dan menyatukan komuniti global untuk berusaha ke arah matlamat bersama kami.


Apakah itu obesiti dan berat badan berlebihan?

Berat badan berlebihan dan obesiti ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak yang tidak normal atau berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan. Indeks jisim badan (BMI) melebihi 25 di anggap sebagai berat badan berlebihan dan lebih daripada 30 adalah obesiti.

Punca

Obesiti biasanya disebabkan oleh makan terlampau banyak dan kurang bersenam.

Jika anda mengambil jumlah karbohidrat yang tinggi, terutamanya lemak dan gula, tetapi tidak membakar tenaga melalui senaman dan aktiviti fizikal, tenaga yang berlebihan tersebut akan di simpan oleh badan sebagai lemak.

1. Diet yang kurang sihat

Obesiti tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia berkembang secara beransur-ansur dari masa ke masa, kesan daripada diet dan pilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti:

      • Pengambilan makanan segera atau diproses secara berlebihan
      • Pengambilan alkohol yang berlebihan
      • Terlalu banyak minum minuman manis
      • Gagal mengawal pemakanan
      • Tabiat pemakanan yang tidak sihat cenderung berlaku dalam keluarga

Tabiat pemakanan yang tidak sihat cenderung berlaku dalam keluarga. Anda mungkin mempelajari tabiat pemakanan yang buruk daripada ibu bapa anda semasa anda masih kecil dan meneruskannya sehingga dewasa.

2. Kurang melakukan aktiviti fizikal

Kekurangan aktiviti fizikal adalah satu lagi faktor penting yang berkaitan dengan obesiti.

Kebanyakan orang lebih suka menonton TV, melayari internet atau bermain permainan video dan jarang melakukan senaman.

Orang dewasa dinasihatkan melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobik intensiti sederhana, seperti berbasikal atau berjalan pantas setiap minggu.

Anda tidak perlu menghabiskan tempoh minit dalam satu sesi, tetapi boleh dipecahkan kepada beberapa sesi mengikut kemampuan anda. Sebagai contoh, anda boleh bersenam selama 30 minit sehari selama 5 hari seminggu.

Jika anda kurang aktif, makanan yang anda makan akan menjadi lemak yang akhirnya disimpan di dalam badan sebagai lemak berlebihan.

Orang yang obese mungkin perlu bersenam lebih untuk menurunkan berat badan. Anda boleh bermula secara perlahan-lahan dan meningkatkan kadar senaman setiap minggu secara beransur-ansur.

3. Tekanan, Faktor Emosi dan Kurang Tidur

Sesetengah orang makan apabila mereka berasa bosan, marah, kecewa atau tertekan.

Kajian juga mendapati bahawa semakin kurang orang tidur, semakin besar kemungkinan mereka mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Hanya sebahagiannya kerana hormon yang dikeluarkan semasa tidur membantu mengawal selera makan dan penggunaan tenaga badan.

Dalam sesetengah kes, keadaan perubatan yang mendasari mungkin menyumbang kepada peningkatan berat badan. Ini termasuk:

      • Kelenjar tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) - di mana kelenjar tiroid anda tidak menghasilkan hormon yang mencukupi
      • Sindrom Cushing - pengeluaran hormon steroid yang berlebihan

Walau bagaimanapun, jika keadaan seperti ini didiagnosis dan dirawat dengan betul, ia tidak akan menjadi penghalang kepada penurunan berat badan.

Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan, termasuk beberapa beberapa kortikosteroid, ubat untuk epilepsi dan diabetes dan beberapa ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental termasuk antidepresan dan ubat untuk skizofrenia. Ubat-ubat yang dinyatakan tersebut boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Peningkatan berat badan kadangkala boleh menjadi kesan sampingan berhenti merokok.

4. Umur

Obesiti boleh berlaku pada sebarang usia, walaupun masih kecil. Tetapi apabila usia anda semakin meningkat, perubahan hormon dan gaya hidup yang kurang aktif meningkatkan risiko mengalami obesiti.

Di samping itu, jumlah otot dalam badan anda berkurangan dengan semakin meningkatnya usia. Secara amnya, jisim otot yang lebih rendah menyumbang kepada penurunan metabolisme. Perubahan ini juga mengurangkan keperluan kalori dan boleh menjadikannya lebih sukar untuk menurunkan berat badan.

Jika anda tidak mengawal apa yang anda makan dan menjadi lebih aktif secara fizikal apabila umur anda meningkat, berat badan anda mungkin akan bertambah..

5. Kehamilan 

Peningkatan berat badan adalah perkara biasa semasa kehamilan. Sesetengah wanita mendapati berat badan mereka sukar untuk diturunkan selepas bayi dilahirkan. Peningkatan berat badan ini boleh menyumbang kepada perkembangan obesiti pada wanita.

6. Genetik

Sesetengah orang mengatakan bahawa tiada gunanya untuk cuba menurunkan berat badan kerana gene diri diwarisi oleh ibu bapa.

Walaupun terdapat beberapa keadaan genetik yang boleh menyebabkan obesiti seperti sindrom Prader-Willi.

Mungkin benar bahawa ciri genetik tertentu yang diwarisi daripada ibu bapa anda seperti mempunyai selera makan yang besar. Ia boleh menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Dalam banyak kes, obesiti lebih berkaitan dengan faktor persekitaran, seperti tabiat pemakanan buruk yang dipelajari semasa zaman kanak-kanak.


Cara 

1. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

Senaman secara konsisten boleh mengekalkan kecergasan kardiovaskular yang baik. Berat badan anda bergantung pada beberapa faktor, seperti pengambilan makanan anda. Lakukan senaman berintensiti sederhana selama 150 minit setiap minggu boleh membantu menurunkan berat badan anda secara menyeluruh.

2. Gunakan aplikasi untuk memantau pengambilan makanan dan senaman anda

Kaedah ini membolehkan anda memantau proses anda dalam jangka panjang dan bukannya dari hari ke hari dan ia boleh menjadi motivasi sangat berkesan.

3. Gunakan pinggan yang lebih kecil

Terdapat banyak bukti penyelidikan bahawa cara ini membuatkan anda berasa anda makan lebih banyak daripada anda sebenarnya. Fenomena ini juga dikenali sebagai ilusi Delboeuf.

4. Rancang dan beli makanan anda terlebih dahulu

Cara ini boleh membantu anda menetapkan dan mengetahui keperluan kalori anda. Tabiat ini akan menjadikan anda lebih berhati-hati tentang makanan yang anda makan.

5. Tingkatkan pengambilan serat anda

Makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan roti gandum membuat anda berasa kenyang dan membantu anda mengawal nafsu makan.

6. Dapatkan tidur malam yang nyenyak

Tidur yang kurang daripada 5 atau 6 jam sehari boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti. Kadar metabolisme anda akan terjejas dan menjadi perlahan jika tidur anda tidak mencukupi. 

7. Makan protein untuk sarapan pagi

Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal hormon kelaparan dan memastikan anda kenyang selama beberapa jam. Sumber protein berkualiti tinggi seperti telur, oat, kacang, dan bubur adalah pilihan terbaik anda.

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing