Telephone: (+603) 8408 5530
Currencies:
0

0 comments / Posted on by Ain Humairah Amran

Tinggal beberapa hari sahaja kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan. Adalah baik jika kita mula menjaga pemakanan supaya tubuh kita tidak ‘terkejut’ dengan pola pengambilan makanan semasa berpuasa nanti. Ain nak share 6 tips pemakanan sebelum masuk bulan Ramadhan. 

1. Latih Diri Berpuasa Sunat

Mula berpuasa sunat lebih2 lagi yang ada penyakit kronik. Tengok kemampuan. Kalau ada kencing manis, try check gula jam 2 petang masa hari berpuasa sunat. Kalau dh tinggal 4mmol/l ke bawah, berbuka lah. Kalah tinggi sngat pun berbukalah.

2.Jangan Tinggal Sahur!

Lewatkan masa bersahur dan latih diri jangan tinggal sahur walaupun puasa sunat. Banyakkan nasi perang/basmati/wholegrain berbanding yang putih dan ajar makan buah masa bersahur.

3. Lebihkan Pengambilan Protein

Latih diri makan protein lebih sikit supaya penghadaman dalam perut lebih lama.

4. Makan Sayur!

Siapa yang tak suka makan sayur, boleh dah try tambah sayur atau salad dalam lunch atau dinner anda. Sayur penting untuk bantu tenaga jadi lagi berpanjangan sepanjang hari.

5. Banyakkan Minum Air Kosong

Perkenalkan air kosong lebih kerap dalam tempoh singkat. Ini kerana nanti bulan ramadhan anda perlu lebih banyak minum air semasa sahur dan berbuka.

6. Senaman Intensif Untuk Stamina

Belajar bersenam gaya HIIT (High-Intensity Interval Training). Full efforts dalam limited time supaya tak lapar sangat sebelum berbuka puasa. Lapar sangat kang habis nasi tomato 2 bungkus dan air sirap confirm 2 juga.

0 comments

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing